Advertising
Starbucks Bakal Jadi Penaja JDT?
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Baru-baru ini, pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun mengumumkan untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Kerjasama ini juga bakal menyaksikan Malaysia Airlines akan menjadi rakan penerbangan ekslusif untuk JDT sekaligus bakal membawa pasukan ke seluruh Malaysia dan juga kejohanan di luar negara.

Ad

Namun begitu, pasukan Harimau Selatan dijangka dalam usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar yang lain bagi menambah nilai komersial pasukan.

Ad

Terbaru, penyerang import baharu pasukan, Fernando Forestieri meninggalkan satu komen pada hantaran tersebut seolah-olah menyangka bahawa pasukannya itu menjalinkan kerjasama dengan syarikat minuman Starbucks.

‘Saya menyangka ianya adalah starbucks.’

Ad

Komen pemain berusia 31 tahun itu mendapat perhatian pemilik kelab, Tunku Ismail Ibrahim yang sudah pastinya mahu mengusahakan yang terbaik buat pasukannya itu.

Ad

Baginda Tunku mengambil kesempatan tersebut untuk menjelaskan bahawa usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat minuman gergasi dunia itu belum berlangsung namun sudah berada dalam perancangan pasukan.

Ad

‘Belum lagi.. akan datang,’- Jelaskan Tunku Ismail di ruangan komen yang sama.

Usaha pasukan ini dilihat serius memandangkan mereka juga beraksi di pentas tertinggi bola sepak Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan sasaran untuk memperbaiki pencapaian musim sebelumnya.

Sungguhpun kerjasama dengan Malaysia Airlines sudah pun memanfaatkan negeri Johor umumnya sebagai hub penerbangan baharu mereka terutamanya ke destinasi Malaysia Timur, JDT sudah pasti mahu mengembangkan lagi jenama mereka ke serata dunia.

Komen Forestieri Starbucks Bakal Jadi Penaja JDT?
Instagram: Officialjohor