Statistik Menunjukkan Pemain Nantes Ini Lebih Hebat Daripada Maguire
Dunia
Marca / Getty Images
Advertisements

Selain bijak mematahkan serangan dari lawan, sudah tentu peranan utama bagi pemain pertahanan tengah adalah melindungi penjaga gol daripada dibolosi.

Dalam satu ciapan twitter oleh Squawka, terdapat beberapa statistik yang menunjukkan kehebatan pemain-pemain yang beraksi di dalam lima liga bola sepak utama eropah. Nama pemain FC Nantes, Andrei Girotto adalah antara pemain yang mencuri tumpuan.

Girotto yang berusia 30 tahun merupakan pemain yang paling banyak membuat pintasan bola bagi tahun 2022 iaitu sebanyak 79 pintasan diikuti oleh pemain tengah Real Madrid, Aurelian Tchouameni dengan 73 pintasan.

Advertisements

Statistik Girotto tidak terhenti di situ apabila namanya sekali lagi tersenarai sebagai pemain keenam yang paling banyak melakukan ‘ball clearance’. Girotto telah membuat sebanyak 159 ‘ball clearance’ sepanjang 2022.

Statistik-statistik ini sudah tentu berjaya membuktikan bahawa Girotto yang hanya berharga 4 juta euro mempamerkan aksi lebih baik daripada Harry Maguire yang merupakan pemain pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak dengan harga 87 juta euro.

Untuk rekod, laporan sukan di Perancis tular bahawa Girotto menjadi pemain sasaran pasukan Liga Perdana Inggeris, Leeds United pada musim 2021 namun sayangnya perpindahan itu tidak berlaku dan Girotto kekal setia di Nantes.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram