Blog
INSTAGRAM @kedahdarulamanfc
Advertisements

Pemain import Kedah Darul Aman FC, Tchetche Kipre pastinya tidak akan melupakan musim gemilangnya bersama skuad hijau kuning musim ini.

Pemain yang bakal menginjak usia 34 tahun Disember ini ternyata mengejutkan peminat-peminat bolasepak tanah air apabila beliau hanya terlepas satu perlawanan sahaja musim ini.

Melalui statistik daripada Transfermarkt, Kipre bermain 21 perlawanan dari 22 perlawanan untuk Kedah. Dalam 21 perlawanan tersebut, beliau berjaya mencetak 10 gol dan menghasilkan 14 bantuan gol.

Advertisements
tchetche kipre stats Statistik Tchetche Kipre Musim Ini Pastinya Didambakan Oleh Semua Pasukan
Statistik Kipre musim ini bersama Kedah Darul Aman FC (Sumber: Transfermarkt)

Lebih manis lagi, bekas penyerang Terengganu ini berjaya menjaringkan 2 gol dan menghasilkan 2 bantuan gol pada perlawanan terakhir pasukan Kedah yang  membenam Melaka United 4-1 sekali gus membawa pasukannya ke pentas Asia musim hadapan.

Ketika rakan seposisi beliau, Kpah Sherman berjaya menghasilkan 13 gol dan menjadi penjaring terbanyak pasukan, namun kemenjadian penyerang Liberia itu dilihat banyak dibantu oleh bantuan dan kreativiti dari Tchetche Kipre.

Untuk rekod, Kipre merupakan pemain yang dibawa masuk oleh Kedah pada musim 2020 untuk membawa cabaran skuad Hijau Kuning dalam pusingan kelayakan dan play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL). Mereka gagal ke peringkat kumpulan selepas tewas play-off kepada Seoul FC 1-4.

Advertisements

Mula bermain di Liga Super pada 2017, pastinya akan membolehkan pemain berasal dari Ivory Coast ini dinaturalisasikan pada tahun hadapan iaitu 2022. Segala-galanya bergantung kepada keputusan pihak pengurusan kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram