Status Dion Cools Bersama Harimau Malaya Jadi Tanda Tanya
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Status bintang pasukan negara, Dion Cools masih menjadi tanda tanya sama ada beliau berpeluang untuk mewakili Malaysia pada pentas Piala AFF Mitshubishi Electric 2022 atau tidak.

Bekas pemain muda bawah 23 tahun Belgium ini menjadi nadi utama Harimau Malaya sejak tahun lalu masih tidak dapat mengesahkan kehadiran beliau untuk memperkuatkan pasukan.

Hal ini susulan perlawanan Piala AFF yang berada di luar kalendar FIFA sekaligus memungkinkan beliau tidak memperkuat pasukan.

Advertisements

Menurut penjelasan oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mereka masih menunggu jawapan daripada pihak majikan Cools iaitu FK Jablonec.

Pihak kelabnya memberi bayangan bahawa beliau berkmungkinan dilepaskan bagi memperkuatkan cabaran negara.

“Kami sudah mengadakan perbincangan dengan Dion Cools dan kami mahu beliau bersama dengan pasukan kebangsaan bagi Piala AFF nanti.”

Advertisements

“Setakat ini isyarat yang kami terima adalah berkemungkinan besar beliau boleh beraksi, namun keputusan muktamadnya kami masih menunggu jawapan dari pihak kelab Cools,” katanya oleh Utusan.

Khidmat pemain berusia 26 tahun ini sudah tentu ditagih oleh Kim Pan-gon dalam membawa cabaran terbaik buat Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bersama juara dua kali, Vietnam selain Singapura, Myanmar dan juga Laos.

Harimau Malaya akan membuka tirai Piala AFF berdepan Myanmar pada 21 Disember ini sebelum menentang Laos pada 24 Disember, Vietnam, 27 Disember dan diakhiri dengan Singapura pada 3 Januari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram