Advertisements
Status Giancarlo Gallifuoco Bersama KL City Terungkai
Liga Super
MakanBola
Giange94

Status pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco akhirnya terungkai apabila beliau memaklumkan akan kekal bersama The City Boys musim ini sebentar tadi.

Pemain berusia 30 tahun itu pernah tular di media sosial spekulasi mengenainya ke Indonesia musim lalu. Namun, perkara itu berjaya dipadam selepas pemain itu sendiri menyatakan pendirian untuk kekal bersama KL City.

“Semua orang tahu bahawa saya sayangkan City Boys, pasukan tapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.”

“Sepanjang tiga tahun di sini, KL City dikenali sebagai pasukan yang sering memenangi gelaran,” katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

“Saya sangat bangga dapat menjulang tapi saya mahu membayar peminat yang datang ke stadium dengan persembahan mantap. Kami patut dalam kelompok empat atau lima terbaik Liga Super.”

Pemain kelahiran Australia itu merupakan antara pertahanan paling konsisten di Liga Super Malaysia dengan kudratnya membantu The City Boys mara ke tiga final dalam tempoh tiga tahun.

Hasil tinjauan di laman Transfermarkt, kontrak Giancarlo Gallifuoco masih panjang bersama The City Boys dan dijangka akan tamat pada Disember 2025.

Hal itu juga antara penyebab beliau membuat keputusan untuk kekal bersama The City Boys musim ini.