Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kehilangan pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez dalam beberapa perlawanan yang melibatkan kelab itu kekal menjadi misteri dan tanda tanya di kalangan penyokong.

Walaupun sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa kontrak bekas pemain bawah 20 tahun Argentina itu telah tamat di JDT, namun pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menidakkan perkara tersebut dan mengesahkan Leandro akan terus kekal di JDT.

Dalam satu tinjauan di laman sosial rasmi JDT, kelibat Leandro turut tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan JDT. Selain Leandro, dua lagi pemain import turut tidak kelihatan iaitu Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo. Kedua-dua pemain ini dikhabarkan mengalami kecederaan.

Advertisements

Pada 2 Ogos yang lalu, Makanbola telah melakukan satu tinjauan di laman transfermarkt yang mana memperlihatkan Leandro direkodkan tidak mewakili mana-mana kelab selepas tamat kontrak dengan JDT.

image 30 Status Leandro Velazquez Cetus Tanda Tanya
Status Leandro pada 2 Ogos lalu.

Kini, status Leandro di transfermarkt sudah pun berubah dan laman tersebut merekodkan Leandro masih kekal bersama JDT. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara import tengah terbaik yang dimiliki JDT dalam sejarah kelab tersebut.

Advertisements
Status terkini Leandro dari laman Transfermarkt.

Segalanya terbukti apabila Leandro sudah pun merekodkan 101 penampilan bersama JDT dan meledak 32 gol untuk Harimau Selatan. Selain mempunyai hantaran lolos yang berkualiti, Leandro juga mempunyai kemahiran tinggi dalam mengambil sepakan percuma.

Untuk rekod, kali terakhir Leandro dilihat menyarung jersi JDT adalah pada 29 Julai yang lalu ketika aksi Liga Super menentang Selangor FC. Dalam perlawanan tersebut, JDT menang 2-0 dan Leandro diturunkan sebagai pemain utama sebelum dikeluarkan pada minit ke-63.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram