Status Sergio Ramos Jadi Tanda Tanya
Dunia
Paris Saint-Germain
Advertisements

Pasukan gergasi Perancis, Paris Saint German (PSG) melakar kemenangan bergaya ketika menentang Manchester City pagi semalam. Ia menyaksikan bintang terbaru pasukan mereka, Lionel Messi berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. 

Namun, timbul persoalan mengenai status bekas bintang Real Madrid iaitu Sergio Ramos. Menurut laporan, beliau kini masih dibelenggu masalah kecergasan fizikal sejak kehadirannya di PSG pada julai yang lalu.  

Malah, pemain kelahiran Sepanyol itu masih belum melakukan sebarang penampilan dalam apa-apa pertandingan sejak bulan Mei yang lepas. Kali terakhir beliau beraksi adalah ketika perlawanan separuh akhir menentang Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara musim lepas. 

Advertisements

Menurut kenyataan daripada pegawai perubatan PSG, mereka telah mengesahkan bahawa Ramos memerlukan rehat yang panjang bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal beliau. 

Hal ini kerana pemain berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian betis di kaki kirinya. Keadaan kaki kirinya itu tidak menunjukkan sebarang peningkatan oleh kerana beliau masih berasa tidak selesa setiap kali beliau turun untuk latihan kecergasan. 

Laporan Marca mengesahkan bahawa pegawai perubatan PSG telah menasihatinya agar tidak terburu-buru untuk kembali berlatih kerana mungkin akan menjejaskan dari segi jangka masa panjang. 

Advertisements

Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino juga berharap dapat menggunakan khidmat Ramos secepat mungkin. Akan tetapi, status Ramos akan terus menjadi tanda tanya oleh kerana tiada apa apa laporan rasmi yang selanjutnya berkenaan situasi beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram