Dunia
MFL
Advertisements

Walaupun mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat panjang, namun Zubir Azmi masih melakukan latihan sendirian untuk mendapatkan semula kecergasan beliau.

Bekas pemain kebangsaan itu sebelum ini merupakan kapten pasukan Kelantan FC namun beliau akui kini beliau bukan lagi kapten pasukan. Kapten pasukan Kelantan FC digalas oleh pemain pertahanan tengah, Yusri Yuhasmadi.

Status terkini Zubir Azmi bersama Kelantan FC menjadi tanda tanya dikalangan penyokong pasukan itu. Ianya selepas Zubir membuat sesi soal dan jawab di laman instagram rasmi milik beliau. Zubir ditanyakan soalan mengenai kemunculan semula Zubir bersama Kelantan FC.

Advertisements

Zubir menjawab ianya hanya kenangan.

WhatsApp Image 2022 08 23 at 1.51.42 PM Status Zubir Azmi Bersama Kelantan FC Cetus Tanda Tanya

Tidak dapat dipastikan apakah maksud tersirat disebalik jawapan pendek dari Zubir itu. Dalam masa yang sama Zubir mohon semua penyokong Kelantan FC terus memberi sokongan kepada pasukan Kelantan FC kendalian Rezal Zambery Yahya.

Advertisements

“Semoga TRW (Kelantan FC) menjadi juara Liga Premier 2022. Teruskan beri sokongan kepada coach Rezal Zambery Yahya dan teammates saya. Mereka memang terbaik,” ucap Zubir di laman instagramnya.

Ucapan Zubir buat pasukan Kelantan FC.

Ucapan itu turut dikongsikan oleh jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya di laman instagram miliknya. Sama ada Zubir masih bersama Kelantan atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan namun ukhuwah mereka masih utuh dan seperti sebuah keluarga.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram