Advertising
Steinbruckner Jadikan Odense Medan Pilih Kesebelasan Utama Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Ketika ini, skuad Terengganu sedang menjalani program pra-musim di Thailand. Tetapi perlawanan persahabatan menentang Odense BK pada 12 Februari ini menjadi fokus Tomislav Steinbruckner kerana itu bakal menentukan kesebelasan utama skuad Penyu musim ini.

Selepas melalui beberapa perlawanan persahabatan termasuk menentang KL City dan Negeri Sembilan, skuad Peteh sukar dibolosi lawan. Tetapi ketumpulan barisan serangan sedikit meresahkan Steinbruckner dan itu mahu diperbaikinya sebelum saingan Liga Super bermula.

Ad

“Persiapan pasukan pada ketika ini berjalan seperti yang dirancang. Untuk beberapa siri perlawanan sebelum ini, kita sukar dibolosi dan bagi saya, ianya adalah sangat baik dalam proses pra-musim ini.

Ad

“Namun, kita juga sukar untuk menjaringkan gol dan inilah masa yang tepat untuk kita terus memastikan kekurangan ini dapat kita terus perbaiki.

“Dan saya sangat percaya dengan kualiti pemain yang saya ada, mereka bakal terus-menerus membentuk keserasian menjadi sebuah pasukan yang lengkap pada musim 2023.

Ad

“Untuk tempoh pra-musim ini, semestinya saya ingin pemain terus diterapkan dengan mentaliti yang kuat, mempunyai persediaan kecergasan yang baik dan kita perlu memiliki barisan pemain simpanan yang sentiasa bersedia dan berkualiti kerana di bawah sistem saya, saya mementingkan semua pemain sentiasa bersedia untuk beraksi,” katanya kepada media rasmi pasukan.

Ad

Terengganu memulakan program pra-musim mereka di Thailand dengan dua perlawanan menentang Rajpracha dan Bangkok FC pada 8 dan 9 Februari. Tetapi kelab Superliga Denmark, Odense BK merupakan pengukur sebenar kemampuan anak-anak buah Steinbruckner.

Ad

“Dua perlawanan awal di sini (Rajpracha dan Bangkok FC) lebih kepada melihat dan memberi masa permainan buat para pemain.

“Dan saya melihat perlawanan yang betul-betul bakal menguji pasukan ini adalah pada Ahad ini, iaitu menentang pasukan dari liga utama Denmark (Odense BK).

“Berkemungkinan pada perlawanan tersebut, saya bakal melihat bayangan skuad utama Terengganu bagi saingan musim 2023,” tambahnya.

Terengganu bakal memulakan saingan Liga Super menerusi perlawanan Sumbangsih dengan JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari ini.