Strategi Zamsaham Menjadi, Stadium Sultan Muhammed IV Dibanjiri Penyokong
Dunia
MFL
Advertisements

Strategi licik pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman (Zamsaham) menjadi selepas tiket jualan bagi perlawanan Liga Premier di antara pasukan Kelantan dan Kuching City habis dijual sebelum sepak mula.

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad IV mencatatkan kehadiran hampir penuh sekitar 8609 ribu penonton.

Kebijaksanaan Zamsaham yang meminta agar perlawanan diadakan pada sebelah petang dilihat sangat signifikan dengan ‘budaya’ di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Advertisements

Sebelum ini, beliau telah pun meminta kepada MFL agar dapat menganjakkan sedikit waktu perlawanan agar dapat dimulakan sekitar jam 5:15 petang selepas selesai para penyokong menunaikan solat fardhu Asar.

Perkara ini telah memberi impak yang cukup besar apabila rata-rata penyokong menyambut baik idea bernas Zamsaham.

Sebelum perlawanan bermula, tiket yang dijual secara dalam talian juga dilaporkan sudah habis dijual.

Advertisements

Bukan itu sahaja, penstrukturan harga yang telah ditetapkan dengan individu yang membeli tiket lebih awal bakal mendapat harga yang lebih murah berbanding harga asal.

Tawaran hebat juga diberikan kepada penyokong yang membeli tiket pada hari perlawanan apabila mereka dapat menebus burger Zamburger secara percuma.

Sungguhpun perlawanan berlangsung pada hari bekerja, namun usaha baik ini telah mendapat respon positif daripada penyokong setia The Red Warriors.

Advertisements

Ini juga telah memberi gambaran awal jika perlawanan diadakan pada waktu cuti sudah pasti mendapat sambutan yang cukup luar biasa.

Kelantan berjaya mencatatkan kemenangan bermakna 2-0 ke atas Kuching City FC sekaligus menjarakkan kedudukan dengan JDT II.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram