Stuart Wilkin Anggap Tuntutan Kim Pan-gon Amat Wajar
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Perancang tengah pasukan negara, Stuart Wilkin yakin dengan kemampuan Malaysia untuk terus mempamerkan persembahan berkualiti dan memenuhi tuntutan Kim Pan-gon menentang Oman.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting Harimau Malaya terutamnya pada aksi Piala Asia 2023 di Qatar.

Beliau menjadi pilihan ketua jurulatih, Kim Pan-gon apabila diturunkan dalam ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan di Qatar.

Advertisements

Menerusi satu temu bual di Wisma FAM hari ini, Stuart optimis untuk terus membantu kecemerlangan Harimau Malaya untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.

Sungguhpun menyedari lawan merupakan pasukan bukan calang-calang, pemain kacukan negara itu optimis saingan terbaik akan diberikan kepada anak didik Jaroslav Silhavy.

Advertisements

“Ini masa terbaik untuk mencari kembali rentak bagi aksi berikutnya. Semua pemain yang dipilih perlu bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat.”

“Kami memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia dengan baik. Harapnya pasukan dapat meneruskan rentak terbaik berbekalkan kemenangan yang diperoleh sebelum ini.”

Advertisements

Selain itu, beliau menganggap aksi ini antara yang paling penting bagi mengesahkan slot skuad kebangsaan ke pusingan berikutnya.

“Ya sudah tentu kita perlu waspada dengan perubahan jurulatih Oman. Namun begitu, para pemain akan berjuang sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yang positif.”

Advertisements

Sebelum ini, ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon menyatakan hasrat untuk melihat anak buahnya meraih satu mata untuk menyalakan harapan ke pusingan berikutnya.

Malaysia akan bertemu Oman pada 22 Mac 2024 di Muscat sebelum pulang ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi aksi kedua pada 26 Mac 2024.

Harimau Malaya ketika ini mengungguli saingan Kumpulan D dengan 6 mata selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram