Stuart Wilkin Tak Sangka Boleh Meledak
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin jelas sekali tidak menyangka bahawa beliau mampu meledak dua jaringan dalam aksi terakhir kumpulan B menentang Singapura tempoh hari. Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia menang besar 4-1 membenam Singapura.

Ketenangan yang dimiliki Wilkin sedikit sebanyak membantu bahagian serangan dan beliau dalam masa yang sama acap kali turun ke bawah untuk membantu pertahanan ketika barisan pemain Singapura melancarkan serangan.

“Saya adalah seorang pemain yang sentiasa yakin dengan kemampuan diri untuk menjaringkan gol, tetapi saya tidak pernah impikan detik hebat seperti ini, mampu menjaringkan gol di depan lebih 65,000 penyokong.

Advertisements

“Saya fikir senyuman saya ini menjadikan malam yang hebat buat diri saya dan berharap mampu terus menjaringkan gol ketika menyarung jersi kebangsaan,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo.

Dengan dua jaringan yang dihasilkan Wilkin itu membolehkan beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Wilkin kini sudah mengumpul tiga jaringan dalam kempen Piala AFF kali ini.

Mengulas mengenai aksi separuh akhir menentang juara bertahan, Thailand, Wilkin merasakan ada tugas yang sukar menanti barisan pemain negara namun mereka bertekad mempamerkan aksi terbaik di atas padang nanti.

Advertisements

“Sudah pasti separuh akhir menjanjikan tugas lebih sukar. Kami harus nikmati detik ini dan bersiap untuk pamerkan aksi terbaik bagi menghadirkan keputusan baik buat pasukan,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram