Sudirman Cup: Izzuddin-Sze Fei Ketuai Cabaran Malaysia
UltraSukan
Badminton Asia

Beregu lelaki nombor dua dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani mengetuai cabaran Malaysia untuk saingan Sudirman Cup 2025.

Ini selepas senarai barisan pemain yang akan beraksi dalam kejohanan itu disiarkan di laman sesawang rasmi Sudirman Cup.

Selain Sze Fei-Izzuddin, Malaysia turut diperkuat bekas juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu lelaki nombor tujuh dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan beregu campuran nombor tiga dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Meskipun telah dipisahkan secara rasmi, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut tersenarai untuk acara beregu campuran. Mereka disertai Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.

Barisan perseorangan lelaki menyaksikan Leong Jun Hao dan Justin Hoh menjadi taruhan kem negara. Goh Jin Wei dan K. Letshanaa pula mengetuai cabaran perseorangan wanita.

Kem badminton Malaysia berharap dapat mengulangi pencapaian terbaik di tempat ketiga yang diraih dalam edisi 2023 di Suzhou, China. Malaysia berada dalam Kumpulan C bersama Jepun, Perancis dan Australia.