Sukan Olimpik: Maghribi Bermaharajalela Ke Separuh Akhir, Tundukkan USA
MakanBola
USMNT
Sponsors

Skuad muda Maghribi terus bermaharajalela di Sukan Olimpik 2024 kalini apabila berjaya membelasah USA dengan keputusan 4-0 dalam pusingan suku akhir.

Skuad Maghribi diketuai oleh bintang Paris Saint German (PSG), Achraf Hakimi yang berjaya memimpin pasukan menjadi juara Kumpulan B.

Ad

Sementara Amerika Syarikat turun dengan prestasi terbaik sebagai naib juara Kumpulan A.

Ad

Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.

Pada minit ke-29 permainan, skuad kendalian Tarik Sektioui dihadiahkan sepakan penalti. Penyerang Maghribi, Soufiane Rahimi mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut. 

Ad

Maghribi dilihat lebih menguasai permainan pada separuh masa pertama apabila mencatatkan penguasaan 64 peratus manakala Mexico hanya 36 peratus.

Ad

Separuh masa kedua Maghribi bermula garang apabila pada minit ke-63 permainan, pemain sayap, IIlias Akhomach menjaringkan gol kedua pasukan selepas menerima hantaran kemas daripada Abdessamad Ezzalzouli. 

Selang tujuh minit aksi, giliran kapten pasukan Maghribi, Achraf Hakimi pula menghadiahkan gol ketiga pasukan dengan rembatan deras menewaskan penjaga gol USA, Patrick Shulte.

Maghribi sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti, pada minit masa tambahan sebelum tamat permainan, penyerang gantian, El Mehdi Maouhoub mudah menyempurnakan sepakan tersebut.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Maghribi 4-0 USA.

Selepas ini, Maghribi akan bertemu sama ada Sepanyol atau Jepun bagi pusingan separuh akhir Sukan Olimpik 2024.