Sukan Olimpik: Maghribi Malukan Argentina
Eropah
MakanBola
Seleccion Argentina
Advertisements

Skuad Maghribi Bawah 23 Tahun (B-23) mencipta kejutan dengan mengalahkan pasukan gergasi Amerika Selatan, Argentina 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Sukan Olimpik 2024.

Argentina berharap dapat meraih kemenangan sebagai pembuka jalan untuk kempen cemerlang di peringkat kumpulan. Sementara Maghribi pula mahu tampil cemerlang selepas layak ke Olimpik buat kali pertama sejak temasya 2012.

Advertisements

Peledak berbisa Manchester City, Julian Alvarez mengetuai jentera serangan La Albiceleste. Sementara pemain pertahanan Paris Saint-Germain, Achraf Hakimi pula mengetuai cabaran Singa Atlas.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Argentina berusaha mendapatkan kelebihan gol awal menerusi Alvarez dan penyerang Fiorentina, Lucas Beltran.

Ini memaksa barisan pertahanan Maghribi diketuai Hakimi berusaha menyekat duo berkenaan daripada menjaringkan gol.

Advertisements

Jentera serangan Singa Atlas diketuai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023/24, Soufiane Rahimi turut menguji kecekapan penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli.

Ketajaman serangan Maghribi akhirnya terbukti apabila Rahimi membuka tirai jaringan pada minit ke-47. Selepas bertukar hantaran dengan Ilias Akhomach, Bilal El Khannous membuat satu hantaran yang mudah ditolak penyerang Al-Ain itu melepasi Rulli.

Advertisements

Gol lewat penyerang berusia 28 tahun itu memastikan Maghribi mendahului 1-0 sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, La Albiceleste yang dibimbing Javier Mascherano terus berdepan kesukaran ditekan Singa Atlas.

Argentina ditimpa malang apabila pengadil perlawanan, Glenn Nyberg mengesan kekasaran yang dilakukan Julio Soler ke atas pemain Maghribi dalam kotak penalti. Penalti itu mudah disempurnakan Rahimi menewaskan Rulli buat kali kedua pada minit ke-51.

Advertisements

Keadaan ini memaksa Mascherano membuat perubahan taktikal dengan memasukkan penyerang muda Atletico Madrid, Giuliano Simeone. Simeone menunjukkan impak segera dengan menjaringkan gol pada minit ke-68.

Alvarez hampir mendapat gol penyamaan untuk Argentina pada minit ke-81 tetapi bola tersebut pantas direbut oleh penjaga gol veteran, Munir Mohamedi.

Advertisements

Tatkala Maghribi bersiap sedia meraikan kemenangan, pemain tengah Boca Juniors, Cristian Medina menyumbat gol penyamaan pada minit ke-106. Perlawanan kemudiannya ditangguhkan susulan insiden penyokong memasuki padang dan balingan objek ke padang.

Dan selepas semakan yang dibuat sistem bantuan video pengadil (VAR), gol Medina tidak dikira kerana kesalahan ofsaid. Ini menyebabkan perlawanan disambung semula untuk tempoh tiga minit.

Advertisements

Maghribi memilih untuk bertahan dan itu sudah cukup memastikan mereka meraih kemenangan 2-1 pada akhir perlawanan.

Impak sensasi yang dicetuskan Rahimi menyebabkan beliau dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore. Pemenang ACL musim 2023/24 itu mendapat markah 8.3.

Advertisements

Selepas ini, Argentina perlu meraih kemenangan ke atas Iraq untuk menghidupkan peluang layak ke suku akhir pada 27 Julai. Sementara Maghribi juga memburu kemenangan ke atas Ukraine pada hari sama untuk memburu kelayakan awal ke suku akhir.

News Comments Account