Temasya Sukan SEA 2025 di Chonburi, Thailand bakal menyaksikan lebih 50 sukan dipertandingkan.
Ini berdasarkan jawatankuasa penganjuran temasya itu menambah dan mengubah acara yang akan dipertandingkan dalam kejohanan tersebut.
Perubahan yang dibuat menyaksikan 585 acara dipertandingkan berbanding 569 acara yang diumumkan sebelum ini. Maklumat ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Antara sukan yang menyaksikan perubahan bilangan dari segi acara ialah sukan gimnastik, kanu, berbasikal, e-sukan, pencak silat dan judo.
Perubahan ini menjadikan Sukan SEA 2025 sebagai temasya menawarkan jumlah pingat emas paling banyak dalam sejarah kejohanan.
Sebelum ini, Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja menawarkan 36 sukan dengan 580 acara dipertandingkan.
Edisi 2021 di Vietnam dan edisi 2019 di Filipina pula masing-masing menawarkan 523 acara (40 sukan) dan 530 acara (56 sukan).
Bilangan sukan dan acara yang dipertandingkan di Sukan SEA jauh lebih banyak daripada temasya Sukan Olimpik. Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis mempertandingkan 39 sukan dan 329 acara.