Sukan SEA: Indonesia Berpeluh Tumbangkan Kemboja
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Indonesia terpaksa bekerja keras di Stadium Olympic, Phnom Penh sebelum berjaya mengatasi tuan rumah Kemboja 2-1. Kemenangan ini membolehkan Indonesia mara ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A.

Kemboja turun bukan sekadar mahu menjaga maruah tetapi memberi hadiah perpisahan buat jurulatih mereka, Keisuke Honda. Ini kerana ini merupakan perlawanan terakhirnya bersama Angkor Warriors selepas memilih mengundurkan diri sebagai jurulatih skuad senior Kemboja selepas kempen Piala AFF 2022.

Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan bersaing mencari gol pembukaan. Tetapi Garuda Muda terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-10 menerusi penyerang Bhayangkara, Titan Agung.

Advertisements

Tersentak, Kemboja bangkit mengejar gol penyamaan. Bagaimanapun, mereka terpaksa menunggu sehingga minit akhir separuh masa pertama untuk mendapatkannya menerusi pemain tengah Visakha, Sin Sovannmakara.

Tidak mahu rekod 100% mereka tercalar dalam perlawanan terakhir kumpulan, anak-anak buah Indra Sjafri bangkit pada separuh masa kedua. Hasilnya, pemain sayap Persib Bandung, Beckham Putra membolosi gawang Angkor Warriors pada minit ke-51.

Advertisements

Kemboja yang mendapat sokongan penyokong tempatan berusaha mencari gol penyamaan. Biarpun Garuda Muda cemas dengan ancaman serangan tuan rumah yang diketuai Lim Pisoth, mereka bernasib baik kebanyakan percubaan tidak menemui sasaran. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Indonesia bukan saja bergelar juara Kumpulan A. Malah, mereka mendapat kelebihan menentang pasukan yang bergelar naib juara Kumpulan B.

Advertisements

Hal itu bakal ditentukan oleh Thailand dan Vietnam dalam perlawanan terakhir Kumpulan B esok. Pasukan mana yang tewas esok bakal berdepan cabaran sukar menentang anak-anak buah Indra di pentas separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram