Sukan SEA: Indonesia Buat Kejutan Tumbangkan Vietnam
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Indonesia mencipta kejutan dengan menewaskan penyandang pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA, Vietnam dalam perlawanan separuh akhir hari ini di Stadium Olympic, Phnom Penh. Kejayaan anak-anak buah Indra Sjafri ini dilihat menebus kehampaan gagal mara ke final Sukan SEA 2021 tahun lepas.

Berbekalkan kemenangan empat perlawanan dalam Kumpulan C, Garuda Muda tampil garang pada separuh masa pertama. Dan mereka tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Komang Teguh Trisnanda pada minit ke-11.

Gol tersebut memberi keyakinan kepada Indonesia mendominasi lawan mereka. Bagaimanapun, kegagalan jentera serangan menyempurnakan deretan peluang terhidang memberi peluang kepada Naga Emas untuk mendapatkan gol penyamaan.

Advertisements

Peluang tersebut dimanfaatkan Nguyen Van Tung pada minit ke-36 bagi mengikat kedudukan 1-1. Kedudukan 1-1 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Garuda Muda kembali bersemangat memburu gol kedua. Penantian mereka tidak bertahan lama apabila bek tengah Persija Jakarta, Muhammad Ferrari menyumbat gol kedua Indonesia pada minit ke-53.

Advertisements

Bagaimanapun, momentum perlawanan berubah apabila bek kanan Tokyo Verdy, Pratama Arhan dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil Korea Selatan, Kim Hee-won pada minit ke-60. Ini memaksa Garuda Muda terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.

Peluang tersebut segera dimanfaatkan oleh anak-anak buah Philippe Troussier untuk memburu gol penyamaan. Begitupun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-79 untuk gol penyamaan kedua menerusi gol sendiri Bagas Kaffa.

Advertisements

Tetapi sebarang harapan Vietnam untuk meraih gol kemenangan lebur apabila Taufany Muslihuddin memastikan kemenangan Garuda Muda pada minit ke-95. Itu sudah cukup untuk membawa Indonesia ke pentas final Sukan SEA 2023.

Kini, anak-anak buah Indra menanti pemenang perlawanan antara Thailand dengan Myanmar bagi menentukan siapa lawan mereka di pentas final. Walau siapapun lawan mereka, Indonesia sudah bersedia untuk memastikan pingat emas bola sepak Sukan SEA 2023 pulang ke Jakarta.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram