Sukan Sea: Indonesia Bawa Pulang Gangsa Selepas Tewaskan Malaysia
Dunia
FAM Official
Advertisements

Perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan Sea ini menemukan dua seteru serumpun, Malaysia dan Indonesia. Perlawanan berkesudahan kemenangan buat Malaysia yang menewaskan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Hadi Fayyadh manakala gol Indonesia dijaringkan oleh Ronaldo Joybera.

Perlawanan dimulakan dengan rancak apabila Indonesia kerap kali berjaya membelah pertahanan Malaysia melalui beberapa hantaran lolos. Percubaan awal Indonesia pula berjaya diselamatkan Rahadiazli di gawang Malaysia.

Advertisements

Malaysia mempunyai peluang terbaik untuk mendahului perlawanan pada minit ke-17 melalui Safwan Mazlan namun rembatannya berjaya diselamatkan.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Malaysia bermula garang dengan rembatan Azam Azmi hampir saja menerjah jaring pada minit ke-49 namun ianya singgah di sisi kiri gawang Indonesia.

Advertisements

Syahir Bashah mempunyai dua peluang keemasan pada minit ke-64 namun satu berjaya diselamatkan penjaga gol manakala satu lagi hanya menggegar palang.

Indonesia yang jarang-jarang mengasak akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-68 melalui Ronaldo Joybera sekaligus memberi kelebihan buat Indonesia mendahului Malaysia 1-0.

Selepas beberapa siri serangan, Hadi Fayyadh akhirnya menyamakan kedudukan buat Malaysia pada minit ke-80 permainan melalui satu rembatan deras dalam kotak penalti. Kedudukan berubah menjadi terikat 1-1.

Advertisements

Tiada jaringan tambahan dapat dihasilkan selepas itu dan kedudukan kekal terikat 1-1 sekaligus membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim menyempurnakan penalti membawa kemenangan kepada pasukan Indonesia dengan Marc Klok menjaringkan penalti terakhir mereka.

Kemenangan ini sekali gus menghadiahkan sebutir pingat gangsa buat kontinjen Indonesia di Sukan Sea manakala buat pasukan Malaysia pula, mereka gagal membawa pulang sebarang pingat mengulangi pencapaian edisi yang lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram