Sukan Sea: Malaysia Mudah Tundukkan Laos
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan hari ini menyaksikan pertembungan di antara pasukan Malaysia menentang pasukan Laos yang berkesudahan dengan jaringan 3-1.

Penyerang muda negara, Luqman Hakim membuka jaringan buat Malaysia selepas berjaya menyudahkan hantaran menerusi Nik Akif pada minit ke-36 permainan.

Kemudiannya, Syahir Bashah menghadiahkan gol kedua buat Malaysia dengan sepakan ‘bersahaja’ di luar kotak penalti pada minit ke-43 permainan.

Advertisements

Pada minit ke-67, Luqman Hakim sekali lagi merobek gawang gol Laos dengan rembatan deras di hantar oleh Azfar Fikri.

Pasukan Laos membuat serangan balas seterusnya pemain muda Laos, Visith berjaya melakukan rembatan cantik menewaskan penjaga gol Malaysia, Azri Ghani.

Lima minit tambahan di mampu mengubah keputusan perlawanan. Malaysia kembali mendahului tangga teratas Kumpulan B dengan 6 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram