Sukan Sea: Singapura Gagal Baham Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan ketiga saingan Kumpulan B menyaksikan Malaysia telah dijadualkan menentang pasukan Singapura. Malaysia berjaya mengikat Singapura dengan keputusan 2-2.

Gol pembukaan hadir pada minit keempat permainan menerusi penyerang berbisa, Luqman Hakim Shamsudin. Gelecekan Luqman telah mengkucar-kacirkan pertahanan Singapura sebelum sepakan derasnya menatijahkan kepada jaringan.

Selang beberapa minit selepas itu, pasukan Singapura menyamakan kedudukan pada minit ketujuh permainan. Muhammad Shah Shahiran berjaya melakukan satu percubaan cantik dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Malaysia, Azri Ab Ghani.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-1.

Babak kedua mula rancak setelah jaringan Harhys Rizal Gareth pada minit ke-78 permainan berjaya dihasilkan. Sepakan percuma cantik dari rakan sepasukannya itu telah dimanfaatkan Harhys dengan rembatan menggegar jaring.

Semangat anak buah Brad Maloney tidak lentur, Malaysia berjaya menjaringkan gol kedua pasukan menerusi tandukan sempurna pertahanan negara, Faiz Amer. Sepakan penjuru daripada Nik Akif pada minit ke-83 permainan telah ditanduk kemas Faiz.

Advertisements

Jaringan Faiz telah memastikan Malaysia mencatatkan keputusan positif, tidak tewas dalam kesemua aksi pada temasya kali ini. Malaysia kini berada di kedudukan pertama dalam saingan Kumpulan B dan bakal menentang Kemboja dalam perlawanan terakhir pada 16 Mei kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram