Sukan SEA: Thailand Gah Atasi Tentangan Myanmar
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Biarpun terpaksa bekerja keras menewaskan Myanmar 3-0 dalam saingan separuh akhir hari ini, itu sudah cukup untuk Thailand layak ke final acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023. Kini, Indonesia satu-satunya halangan untuk meraih pingat emas acara berkenaan buat kali pertama sejak 2017.

Sebaik sepak mula, skuad Gajah Perang mendominasi perlawanan. Ini memaksa pembantu Michael Feichtenbeiner, Zaw Win Tun mengarahkan para pemain Myanmar menjaga bentuk formasi mereka agar sukar ditembusi pihak lawan.

Keadaan ini amat mengecewakan anak-anak buah Issara Sritaro dan mereka memerlukan tuah untuk berada di hadapan. Peluang tersebut hadir pada minit ke-35 menerusi tandukan sepakan percuma Teerasak Poeiphimai.

Advertisements

The Chinthe hampir menyamakan kedudukan menerusi Khun Kyaw Zin Hein pada minit akhir separuh masa pertama tetapi sepakannya tersasar. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha memburu gol. Percubaan paling hampir Gajah Perang mendapatkan gol ialah menerusi percubaan Songchai Thongcham pada minit ke-77.

Bagaimanapun, pemain pertahanan Chonburi itu kecewa apabila percubaan tepatnya ke arah gawang The Chinthe terkena tiang sebelum melantun keluar.

Advertisements

Penantian gol kedua Thailand berakhir juga apabila pemain gantian, Leon James mudah menolak masuk bola pada minit ke-84. Gajah Perang memastikan kenangan pahit buat anak-anak buah Feichtenbeiner dengan gol ketiga pada minit akhir perlawanan.

Dengan layaknya Thailand ke pentas final, ini mengulangi sejarah final 1991 di mana Garuda Muda mengalahkan mereka bagi menggondol pingat emas Sukan SEA edisi berkenaan. Sudah pastinya Issara mahu memastikan sejarah sama tidak akan berulang di Stadium Olympic, Phnom Penh pada 16 Mei nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram