Sukan SEA: Vietnam Gah Kalahkan Myanmar
Asia Tenggara
VFF
Advertisements

Selepas tewas kepada Indonesia di pentas separuh akhir, Vietnam memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong dari Sukan SEA 2023 di Kemboja. Ini selepas anak-anak buah Philippe Troussier meraih pingat gangsa dengan menewaskan Myanmar dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat hari ini.

Vietnam yang kecewa gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi di temasya Sukan SEA 2021 kelihatan bersemangat hari ini. Dan sebaik sepak mula, skuad Naga Emas melancarkan serangan demi serangan ke atas pihak lawan yang dibimbing Michael Feichtenbeiner.

Kesungguhan mereka membuahkan hasil apabila Ho Van Cuong membuka jaringan pada minit kesembilan. 26 minit selepas itu, gawang The Chinthe bolos lagi menerusi jaringan Van Cuong.

Advertisements

Pada minit ke-38, Myanmar hampir merapatkan jurang menerusi pemain sayap Selangor, Hein Htet Aung. Bagaimanapun, sepakan lemahnya berjaya dinafikan Doan Huy Hoang sekaligus memastikan keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Vietnam menggandakan asakan bagi melebarkan kelebihan yang dimiliki. Khuat Van Khang memastikan pingat gangsa berada dalam genggaman dengan gol ketiga pada minit ke-57.

Myanmar bangkit menyumbat gol saguhati pada minit ke-88 tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan keputusan ini, The Chinthe memperbaiki pencapaian dengan pencapaian tempat keempat selepas tersingkir di peringkat kumpulan dalam temasya Sukan SEA 2021.

Advertisements

Bagi Troussier, beliau tahu pencapaian pingat gangsa ini akan menambah perbandingan antara dirinya dengan jurulatih Korea Selatan, Park Hang-seo. Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada tahun hadapan, beliau perlu melakar pencapaian lebih cemerlang bersama Vietnam di kejohanan berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram