Sukan Sea: Vietnam & Indonesia Mara Ke Separuh Akhir
Dunia
VnExpress/Duong Pham + PSSI
Advertisements

Dua pasukan terkuat Kumpulan A Sukan Sea Vietnam dan Indonesia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea 2021, Vietnam.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan A, Vietnam terpaksa bekerja keras menundukkan Timor Leste 2-0 manakala Indonesia berjaya menewaskan Myanmar 3-1 sekaligus turut mara ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan.

Indonesia dijangka bertemu Malaysia dalam aksi separuh akhir Sukan Sea jika berjaya menewaskan Kemboja sekaligus menjuarai kumpulan B manakala tugas getir buat Thailand untuk menewaskan tuan rumah, Vietnam seandainya menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan.

Advertisements

Dalam edisi Sukan Sea sebelum ini, Vietnam dan Indonesia mara ke perlawanan akhir dengan pasukan Vietnam dinobatkan sebagai juara selepas berjaya menewaskan Indonesia 3-0.

Sementara itu, anak buah Brad Maloney turun dalam edisi kali ini tanpa sebarang penglibatan pemain senior sebagai persediaan skuad negara menghadapi Piala Asia B-23 yang dijadualkan berlangsung pada 1-19 Jun ini di Uzbekistan.

Malaysia dijadualkan bertemu Kemboja dalam perlawanan terakhir Kumpulan B pada 16 Mei jam 5 petang dan Thailand menentang Laos pada hari yang sama jam 8 malam.

Advertisements

Perlawanan separuh akhir akan diadakan pada 19 Mei (hari Khamis).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram