Sukan Sea: Vietnam Mudah Tewaskan Indonesia
Dunia
Advertisements

Acara bola sepak Kumpulan A Sukan Sea ini menemukan dua seteru Indonesia dan tuan rumah, Vietnam. Perlawanan berakhir dengan kemenangan buat tuan rumah yang mudah menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Viet Tri sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan oleh Vietnam dengan mereka cuba mengatur serangan sejak minit pertama permainan manakala Indonesia menantikan waktu terbaik untuk melancarkan serangan balas.

Untuk 10 minit pertama perlawanan, perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan dilihat buntu untuk melakukan percubaan ke arah gol.

Advertisements

Vietnam akhirnya berjaya melepaskan percubaan pertama dalam perlawanan ini pada minit ke-17 melalui Nguyen Hoang Duc namun rembatannya tersasar.

Egy Maulana Vikri berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-22 namun rembatan lencong beliau jauh melambung tinggi melepasi palang.

Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun masih buntu mencari gol pembukaan. Perlawanan separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Vietnam terus melancarkan serangan pada minit ke-46 melalui penyerang mereka namun berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia.

Nguyen Tien Linh akhirnya berjaya mencetak nama sebagai penjaring buat Vietnam pada minit ke-54 selepas beliau mudah menerpa hantaran dari rakan sepasukan dan terus menerjah ke jaring Indonesia. Vietnam mendahului Indonesia 1-0.

Tersentak dengan gol itu, Indonesia melakukan beberapa pertukaran untuk mencari gol penyamaan namun tiada ruang buat mereka apabila benteng Vietnam dilihat sangat berdisiplin dalam bertahan.

Advertisements

Pada minit ke-73, Vietnam berjaya menggandakan kedudukan melalui kapten mereka, Do Hung Dung yang bermain satu dua sebelum melakukan penyudah menarik menewaskan penjaga gol lawan.

Indonesia dilihat terus bergelut untuk mencari gol dan membiarkan Vietnam menguasai perlawanan secara total.

Vietnam meneruskan rentak jaringan apabila berjaya mencetak gol ketiga pada minit ke-88 melalui rembatan Do Le Van yang membias kepada Fachrudin Aryanto sekaligus menghadiahkan jaringan ketiga buat Vietnam.

Advertisements

Perlawanan ditamatkan dengan tiada tambahan jaringan terhasil sekaligus kemenangan bermakna buat Vietnam yang beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram