Kelantan terlepas tiket ke final acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) apabila tunduk di tangan Wilayah Persekutuan.
Skuad kendalian Ariff Hj Hashim membariskan kesebelasan terbaik selepas menundukkan Johor pada peringkat suku akhir.
Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun beberapa percubaan Kelantan tidak tepat ke sasaran.
Wilayah Persekutuan cuba bangkit untuk mengatur gerak untuk mencari jaringan pada babak pertama.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, anak didik Syed Yazid cuba bangkit mengatur gerak dengan lebih baik menerusi serangan balas pantas.
Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Perlawanan diheret ke masa tambahan 30 minit namun tidak berjaya mengubah apa-apa tatkala kedua-dua pasukan bergelut untuk mencari jaringan.
Wilayah Persekutuan bernasib baik apabila memenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-3.
Kelantan akan bertemu Terengganu pada aksi penentuan tempat ke-3 SUKMA 2024 manakala Melaka dan Wilayah Persekutuan berentap di final.