Sumareh Gagal Lapor Diri
Dunia
FAM
Advertisements

Pemain naturalisasi pertama Malaysia, Mohamadou Sumareh gagal melapor diri ke kem latihan skuad Harimau Malaya hari ini. Perkara itu dimaklumkan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ketika sesi latihan petang skuad kebangsaan di Kompleks PKNS, Kelana Jaya.

Sumareh sepatutnya melapor diri bersama enam pemain Johor Darul Ta’zim selepas mereka menamatkan cabaran Final Piala Malaysia semalam. Menurut Cheng Hoe, pihaknya mendapat perkhabaran daripada Sumareh bahawa beliau tidak dapat sertai kerana ada isu peribadi.

“Kita dapat perkhabaran daripada Sumareh tidak bersama dengan kita hari ini kerana dia ada isu peribadi yang perlu diselesaikan.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, Tan Cheng Hoe masih mengharapkan pemain Johor Darul Ta’zim itu untuk bersama skuad kebangsaan dan beraksi di pentas Piala AFF isnin depan.

“Jadi kita bagi dia satu hari atau dua hari untuk selesaikan. Kita mengharapkan Sumareh dapat bersama dengan kita dalam masa yang terdekat.”

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Kemboja pada aksi pertama saingan Piala AFF Suzuki 2020 pada Isnin depan jam 5.30 petang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram