Mino Raiola Disahkan Telah Meninggal Dunia
Dunia
Advertisements

Mino Raiola, yang dianggap sebagai salah seorang ejen bola sepak paling berjaya dan berpengaruh di dunia telah disahkan meninggal dunia.

Raiola meninggal dunia selepas sakit yang panjang. Dia telah menjalani rawatan di hospital San Raffaele di Milan, tempat dikunjungi oleh Zlatan Ibrahimovic minggu ini. Raiola menjalani pembedahan pada Januari lepas dan ketika itu keadaan kesihatannya dikatakan tidak mengancam nyawa.

Kematian Raiola telah disahkan menerusi kenyataan daripada keluarganya yang disiarkan di halaman media sosial Raiola. Raiola telah pergi pada usia 54 tahun.

Advertisements

“Dalam kesedihan yang tidak terhingga kami berkongsi pemergian Ejen Bola Sepak yang paling prihatin dan menakjubkan,” kata kenyataan keluarga itu.

Tiada punca kematian diumumkan dalam kenyataan yang disiarkan oleh keluarga Raiola pada hari Sabtu.
“Mino menyentuh begitu banyak kehidupan melalui kerjanya dan menulis lembaran baharu dalam sejarah bola sepak moden. Kehadirannya akan dirindui selama-lamanya,” tambahnya.

“Misi Mino untuk menjadikan bola sepak tempat yang lebih baik untuk pemain akan diteruskan dengan semangat yang sama.”

Advertisements

Raiola menjadi agen paling berjaya di dunia dengan beberapa nama terbesar dalam bola sepak dunia berada di bawah beliau, termasuk pemain seperti Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba dan Erling Haaland.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram