Syafiq Ahmad & Azam Azih Beri Khabar Gembira Buat Kem Kim Pan-gon
Dunia
Sri Pahang FC & KDA FC
Advertisements

Prestasi yang ditampilkan dua pemain skuad Harimau Malaya, Syafiq Ahmad dan Nor Azam Azih jelas memberikan khabar gembira buat kem kendalian Kim Pan-gon menjelang aksi kelayakan Piala Asia Jun kelak.

Pemain Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad sedang berada pada kemuncak prestasinya ketika ini apabila menjadi sandaran utama pengendali KDA FC, Aidil Shahrin untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. 

Syafiq Ahmad telah bermain dalam kesemua 7 perlawanan saingan Liga Super, beraksi hampir kesemuanya sebagai kesebelasan utama pasukan dan membantu KDA FC mencatat 12 mata secara keseluruhannya setakat ini.

Advertisements

Walaupun pasukan Kedah kini berada pada prestasi yang tidak menentu, impak pemain berusia 26 tahun ini tampak memberi tonik tambahan buat Sang Kenari apabila ketenangan dan pengalaman yang beliau miliki digunakan sebaik mungkin. 

Daya penyudah yang tajam turut menjadi keistimewaan penyerang berbakat ini. Syafiq dalam perlawanan antara KDA FC menentang Melaka United pada semalam telah mencatat nama sebagai penjaring apabila berjaya menjaringkan satu gol yang begitu cantik.

Kini Syafiq Ahmad telah mencatatkan dua jaringan dan dua bantuan jaringan dalam saingan Liga Super Malaysia 2022. 

Advertisements

Sementara pemain Sri Pahang FC, Nor Azam Azih kini sedang menikmati musim indahnya, menjadi ayam tambatan buat pasukan Sri Pahang. 

Selain menjadi taruhan kesebelasan utama pasukan, general tengah berbakat ini turut menjadi peledak berbisa pasukan apabila banyak menjaringkan gol yang luar biasa.

Dalam pertembungan antara pasukan KL City FC dan Sri Pahang FC malam tadi, Nor Azam Azih telah memacu pasukan ketika melakar kemenangan kedua buat Sri Pahang dalam saingan Liga Super musim ini. 

Advertisements

Jaringan berkelas dunia Azam Azih membuatkan ramai peminat bola sepak tempatan tergamam dengan ledakan sensasi anak jati Maran itu. Ketika ini, Azam Azih telah berjaya menjaringkan 3 gol dan mencipta 1 bantuan gol.

Konsistensi yang dimiliki dua tonggak berbisa ini pasti akan terus dipertaruhkan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dalam membentuk sebuah skuad mantap menjelang aksi kelayakan Piala Asia pada Jun.

Aksi yang ditonjolkan pemain Kedah Darul Aman dan Sri Pahang ini semestinya layak untuk dijadikan sandaran serta perancang utama buat skuad Harimau Malaya kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram