Syafiq Ahmad Bakal Dipinjamkan, Demi Peroleh Minit Permainan
Dunia
MakanBola
Syafiqahmad20
Advertisements

Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad dilaporkan bakal dipinjamkan ke kelab lain dalam usaha untuk memastikan beliau memperoleh minit permainan yang secukupnya musim hadapan.

Bekas pemain muda Kedah Darul Aman FC itu kini sedang bersama skuad Harimau Malaya menempuh kejohanan Piala AFF di Singapura dan menjadi antara watak penting pasukan termasuklah ketika merakamkan kemenangan ke atas Kemboja dan Laos.

Advertisements

Malah, sebelum ini, Syafiq juga pernah secara terbuka menyatakan hasratnya untuk beraksi dengan lebih kerap disebabkan persaingan yang cukup sengit dalam skuad Harimau Selatan itu memaksanya untuk banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

Pada saingan Liga Super musim ini, pemain berusia 26 tahun itu hanya beraksi dalam 4 perlawanan sahaja pada pusingan kedua liga sambil hanya sekali diturunkan ketika JDT beraksi di pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Advertisements

Menurut laporan oleh Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest, Syafiq bakal dipinjamkan ke kelab lain namun proses perbincangan masih berlangsung untuk melihat potensi pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Pemain versatile ini berada dalam senarai termasuklah beberapa nama seperti Syazani Andik, Fadhli Shas selain Cabrera yang tidak lagi bersama pasukan menjelang musim baharu.

Advertisements

News Comments Account