Kepakaran Syafiq Ahmad Ditagih Robek Gawang Penang FC
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad dijangka terus menjadi sandaran utama pasukan yang bakal turun menentang Penang FC Sabtu ini.

Pemain yang dipinjam dari Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali memperoleh rentak sebenarnya apabila menjadi watak penting buat pasukan Hijau Kuning musim ini.

Beliau yang  beraksi cemerlang dalam 3 perlawanan awal sungguhpun terpaksa menelan kepahitan dibelasah oleh Selangor FC tempoh hari.

Advertisements

Malah, kehadiran anak jati Pulau Pinang ini sering merancakkan lagi jentera serangan pasukan kendalian Aidil Sharin menerusi percubaan-percubaan berbahayanya.

Kemampuan Syafiq untuk beraksi di pelbagai posisi serangan juga menjadi senjata utama buat pasukannya untuk memanfaatkan kelebihan tersebut.

Beliau yang dilihat meneruskan kecemerlangan rentetan daripada sentuhan jaringan ketika menentang KL City sebelum membentu gandingan yang mantap pada peringkat kebangsaan bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Sungguhpun kelibatnya sedikit tenggelam ketika bertemu Selangor tempoh hari, namun kualiti dan pengalamannya pasti mahu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Kedah untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan.

Pada musim ini, penyerang kebangsaan ini sudah pun menjaringkan satu gol dan melakukan dua bantuan gol bersama Kedah.

Kedah sudah pasti mahu bangkit daripada kekecewaan selepas kehilangan peluang 3 mata sekaligus terlepas peluang untuk mengikut rapat JDT dalam LIga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram