Syafiq Ahmad Jadi Peluru Ampuh Kedah Robek Melaka United
Dunia
Arena Hijau Kuning
Advertisements

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad dijangka bakal kembali untuk mengetuai jentera serangan pasukan menjelang pertembungan dengan pasukan Melaka United, jumaat ini.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara pemain utama di bawah kendalian jurulatih, Aidil Sharin Ishak untuk memcau jentera serangan pasukan.

Beliau turun dalam kesemua 6 perlawanan Liga Super musim ini selain beraksi hampir kesemuanya sebagai kesebelasan utama.

Advertisements

Sungguhpun baru meledak 1 gol pada musim ini, kelibat Syafiq di atas padang amat memberi kesan kepada persembahan rakan sepasukan.

Kemampuan pemain ini untuk menarik keluar pemain pertahanan selain larian beliau untuk menyelinap masuk ke dala kotak penalti menjadi kunci kepada pasukan Hijau Kuning.

Malah, ini terbukti menerusi 2 bantuan gol yang telah pun direkodkan oleh pemain kelahiran Pulau Pinang ini sejak kembali ke pasukan ini menerusi pinjaman dari JDT.

Advertisements

Beliau juga telah terlibat dalam hampir 38 % gol yang telah pun dijaringkan oleh pasukan setakat ini.

Naluri pemusnah Syafiq dijanhka terus manjadi dambaan Kedah dalam usaha untuk memanfaatkan prestasi terumbang-ambing Melaka United ketika ini.

Aidil Sharin juga sudah pasti tidak mahu berputih mata lagi selepas dibelasah oleh Sabah dengan keputusan 4-0 tempoh hari.

Advertisements

Kedah kini mahu terus menghambat JDT dalam usaha untuk merebut kejuaraan liga kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram