Syafiq Ahmad Kembali Ke Pangkuan JDT
Dunia
Syafiqahmad20
Advertisements

Penyerang skuad kebangsaan, Muhammad Syafiq bin Ahmad kini kembali ke pangkuan kelab asalnya, Johor Darul Ta’zim. 

Pemain yang berusia 26 tahun itu sebelum ini telah dipinjamkan ke pasukan Kedah Darul Aman FC. Syafiq telah menjadi sandaran utama pengendali KDA FC, Aidil Shahrin di bahagian serangan pasukan Sang Kenari dalam sembilan perlawanan saingan Liga Super 2022.

Setakat ini, penyerang berbisa ini telah merekodkan sebanyak 2 jaringan dan 3 bantuan gol ketika bersama Kedah pada musim ini.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim dalam satu siaran media hari ini menjelaskan Syafiq akan melapor diri bersama skuad JDT selepas tamat cuti antarabangsa. Sekembalinya Syafiq ke JDT bakal menyaksikan JDT memiliki tonik tambahan untuk memburu lebih banyak kejuaraan.

Khidmat Syafiq akan ditagih kem Harimau Malaya terlebih dahulu sebelum kembali beraksi bersama JDT. Syafiq berada dalam senarai pemain di bawah kendalian Kim Pan-gon untuk mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia, Jun kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram