Kerancakan Syafiq Ahmad Beraksi Jadi Nadi Kim Pan-gon Dan Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad kini sedang menikmati hari-hari indah dalam kariernya semula apabila menjadi watak penting buat Harimau Malaya.

Pemain berusia 26 tahun itu kini kembali semula ke pangkuan kelab lamanya dari JDT secara pinjaman nyata kembali mendapat rentak apabila diberikan minit permainan yang secukupnya.

Bukan itu sahaja, beliau juga mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk mengisi slot 25 orang pemain yang dibawa ke Singapura bersama-sama penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin untuk mengisi posisi penyerang negara.

Advertisements

Peluang ini jelas dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pemain kelahiran Sungai Ara, Georgetown ini setelah diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan negara berdepan Filipina.

Impak yang dibawa oleh Syafiq jelas melancarkan serangan Harimau Malaya dengan memainkan peranan selaku ’false 9’ dalam perlawanan tersebut.

Hasilnya, beliau berjaya mengatur gerak dengan melancarkan satu serangan balas pantas sebelum lorongan berjaya diberikan kepada Akhyar Rashid untukmencetak gol kedua pasukan.

Advertisements

Menurut penganalisis sukan negara, Datuk Richard Scully, beliau merasakan bahawa impak yang diberikan oleh Syafiq setanding sumbangan Arif Aiman dan juga Luqman Hakim.

‘Bagi saya, pemain yang menyerlah ialah Arif Aiman, Luqman Hakim dan Syafiq Ahmad. Saya harap mereka diberi lebih banyak masa bermain pada masa akan datang,’ -Katanya kepada Utusan.

Sungguhpun begitu, Syafiq kurang bernasib baik apabila mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Singapura yang memaks beliau untuk dikeluarkan.

Advertisements

Kehilangan beliau jelas memberi kesan kepada tempo permainan skuad kebangsaan yang seakan hilang arah ketika menyerang.

Kim Pan-gon sudah pastinya mahu mencari ramuan terbaik untuk membentuk sebuah skuad yang ampuh di samping Syafiq sudah pasti mahu berada dalam percaturan tersebut.

Ujian terbesar skuad negara adalah untuk memastikan mereka memperoleh satu slot dalam kelayakan Piala Asia,Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram