Penyerang tengah Harimau Malaya, Syafiq Ahmad yakin pasukan negara sudah bersedia untuk memberi saingan yang sewajarnya kepada Bangladesh dalam aksi terakhir malam esok.
Pasukan kendalian Kim Pan-gon turun dalam misi penting untuk meraih 3 mata sekaligus membuka peluang yang cerah untuk mara ke Piala Asia.
Malah, pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) optimis para pemain sudah bersedia untuk berjuang habis-habisan sepanjang 90 minit perlawanan.
“Kami akan turun dan berikan segala-galanya menentang Bangladesh.”
Malah, pemain berusia 26 tahun ini mengakui harapan yang tinggi diletakkan ke atas bahu pemain untuk meraih jaringan besar untuk meletakkan pasukan ke dalam kedudukan selesa.
Syafiq juga percaya hanya kemenangan dicari oleh anak didik Kim Pan-gon menjelang pertemuan esok hari.
“Sungguhpun kita turun dalam sedikit tekanan untuk mendapatkan kemenangan, namun saya percaya kami mampu lakukan.”
“Hanya kemenangan menjadi matlamat kami pada perlawanan esok.”
Bekas bintang Kedah ini djangka menjadi taruhan jurulatih kelahiran Korea Selatan bagi mengetuai jentera serangan dalam usaha memburu gol awal.