Percaturan ‘False 9’ Syafiq Ahmad Menjadi, Bantu Lancarkan Serangan Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang pasukan kebangsaan, Syafiq Ahmad membuktikan karakter dan juga karismanya untuk mengemudi jentera serangan pasukan ketika mencatat kemenangan ke atas pasukan Filipina dengan keputusan 2-0.

Dalam perlawanan ini, percaturan Kim Pan-gon untuk menjadikan Syafiq selaku ’False 9’ nyata membuahkan hasil apabila gerakan-gerakan beliau telah membuka ruang buat rakan sepasukan untuk lolos ke dalam kawasan pertahanan Filipina.

Beliau yang digandingkan bersama dua lagi pemain sayap iaitu Akhyar Rasid dan juga Arif Aiman jelas menjadi mimpi ngeri buat barisan pertahanan Filpina pada malam semalam.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi watak penting untuk gol kedua pasukan negara apabila larian yang dilakukan di bahagian kanan padang untuk menerima lorongan daripada Safiq Rahim telah membuka ruang buat Akhyar untuk menjaringkan gol kedua Harimau Malaya.

Bukan itu sahaja, beliau juga kerap melakukan larian-larian untuk menarik barisan pertahanan Filipina untuk terus mengekorinya.

Syafiq diberi kepercayaan untuk menjadi penyerang utama negara tatkala nama-nama seperti Shahrel Fikri, Darren Lok dan lain-lain mengalami kecederaan selain tidak berada pada tahap yang memberangsangkan.

Advertisements

Prestasi cemerlang yang ditampilkan di peringkat kelab bersama Kedah Darul Aman FC pada musim ini berjaya diteruskan bersama pasukan kebangsaan.

Syafiq telah pun menjaringkan 1 gol dan juga 1 bantuan gol selain beraksi dengan sangat baik setiap kalidiberi peluang.

Pemain kelahiran Georgetown ini dijangka akan terus kekal dalam kesebelasan utama pasukan berdepan Singapura pada Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram