Syafiq Ahmad Lepas Geram, Ledak Hatrik Pacu Kemenangan Kedah Darul Aman
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pemain pinjaman dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad telah melalui perlawanan pertamanya bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi persahabatan yang berlangsung semalam.

Perlawanan persahabatan menentang pasukan MADA FC itu berkesudahan dengan kemenangan besar buat pasukan Kedah dengan jaringan 9-0. Dalam perlawanan yang dilangsungkan secara tertutup tesebut, Syafiq Ahmad mencuri tumpuan dengan meledak hatrik sekaligus membuktikan dirinya masih berbisa di depan gol.

Selain Syafiq Ahmad, pemain import baharu pasukan Kedah, Ronald Ngah turut mencuri tumpuan dengan dua jaringan. Gol Kedah yang lain dijaringkan oleh Rodney Celvin, Fayadh Zulkifli, Khairu Azrin dan pemain muda Afeeq Iqmal.

Advertisements

Untuk rekod, Syafiq Ahmad merupakan bekas pemain Kedah dari tahun 2015 hingga tahun 2017 dan membuat keputusan menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim. Selepas melalui beberapa musim bersama JDT, beliau kini kembali ke pasukan Kedah secara pinjaman.

Selepas ini, pasukan KDAFC bakal meneruskan aksi pra musim mereka dengan menentang ‘adik’ mereka iaitu skuad bawah 21 tahun KDA FC dan setereusnya menentang pasukan Respect FC. Kedua-dua perlawanan persahabatan itu dijalankan secara tertutup tanpa penonton.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram