Syafiq Ahmad (24) meneruskan aksi cemerlangnya selepas membantu Johor Darul Ta’zim menewaskan PJ City 2-3 dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019.
Dua jaringan Syafiq pada separuh masa kedua memberikan kelebihan buat pasukan pelawat yang sentiasa bergelut untuk menewaskan PJ City.

Syafiq Ahmad sebelum ini menerima penghormatan dari penyokong Malaysia selepas aksi cemerlangnya ketika perlawanan Malaysia menentang Indonesia dan UAE dalam Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.