Dunia
FAM Official
Advertisements

Dalam perlawanan menentang Filipina tempoh hari, penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun gagal diterjemahkan. Namun begitu, ‘workrate’ beliau harus dipuji dengan membantu rakan-rakan dalam melancarkan serangan.

Rakan sepasukan Syafiq di kem Harimau Malaya iaitu Dion Cools baru-baru ini ada memuat naik satu ‘instagram story’ yang mana mencabar penyerang negara itu untuk menjaringkan gol jika mempunyai peluang terhidang.

‘Instagram story’ yang dimuat naik Dion Cools itu turut diletakkan video sentuhan ‘first touch’ menarik dari Cools yang akhirnya membuat hantaran menarik kepada Syafiq Ahmad. Namun rembatan deras Syafiq gagal menemui jaring apabila terkena tiang gol.

Advertisements

Dalam muat naik tersebut Dion Cools berkata kepada Syafiq “Selepas ini, awak skor ya Syafiq Ahmad. Dan Syafiq tidak duduk diam dengan membalas “Saya akan (skor).

WhatsApp Image 2022 03 25 at 05.45.46 Syafiq Ahmad Sahut Cabaran Dion Cools Untuk Jaringkan Gol Selepas Ini
Dion Cools ‘mencabar’ Syafiq Ahmad untuk jaringkan gol selepas ini.

Ini pula balasan dari Syafiq Ahmad.

‘I will bermaksud Syafiq Ahmad sahur cabaran untuk jaringkan gol selepas ini.

Kedua-dua pemain ini merupakan tonggak utama skuad Harimau Malaya. Kemenangan yang diraih menentang Filipina ini merupakan tonik terbaik sebelum menentang musuh tradisi, Singapura esok dalam satu lagi aksi persahabatan. Semoga momentum kemenangan Harimau Malaya akan dapat diteruskan dalam perlawanan yang akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram