Syafiq Ahmad Zahir Penghargaan Kepada TMJ
Dunia
kedahdarulamanfc
Advertisements

Bagai sirih pulang ke gagang, peribahasa tersebut sinonim dengan apa yang berlaku pada pemain baru Kedah, Syafiq Ahmad. Beliau sah pulang ke pangkuan pasukan Hijau Kuning itu sebagai pemain pinjaman daripada pasukan JDT.

Menurut kenyataan daripada Syafiq, beliau akui berasa terharu kerana dapat kembali ke pangkuan Kedah FC oleh kerana komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan dalam merencana penghijarahan ini dengan sebaiknya. Beliau berysukur kerana khidmat beliau di Kedah masih diperlukan oleh ramai pihak terutamanya penyokong Hijau Kuning.

“Sememangnya saya bersyukur kerana dapat kembali ke Kedah malah dengan kesungguhan ditunjukkan pengurusan, itu juga menjadi faktor saya kembali ke sini dan rasa gembira kerana masih ada orang berminat dengan khidmat saya.

Advertisements

Tambah Syafiq, beliau ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tunku Ismail kerana perkenan keputusannya untuk berhijrah ke Kedah. Baginya, kehadiran beliau ke Kedah banyak mendapat reaksi yang positif daripada pelbagai pihak.

“Dalam masa sama, saya mahu mahu beri penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang sudi beri perkenan untuk saya ke Kedah selain serta berikan sokongan dari belakang tidak kira apa jua situasi saya.

“Penyokong-penyokong Kedah juga memberikan banyak kata positif terhadap kehadiran semula di Kedah dan itu menjadi penambah motivasi buat saya,” kata Syafiq dalam MFL.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram