Syahir Bashah Like A Boss
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain Selangor FC, Syahir Bashah meneruskan aksi cemerlang di temasya Sukan SEA Hanoi apabila berjaya mencatatkan nama selaku penjaring dalam perlawanan kedua saingan Kumpulan B antara pasukan Malaysia menentang pasukan Laos.

Pemain yang berusia 20 tahun itu telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan apabila digandingkan bersama Luqman Hakim dan Ahmad Danial Asri. Trio muda berbakat ini beberapa kali berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan Laos.

Pada minit ke-43 permainan, Syahir Bashah telah melakukan satu lencongan dari luar kotak penalti. Rembatan bersahaja Syahir telah menghukum barisan pertahanan Laos sekaligus menggagalkan penjaga gol Laos untuk menepis bola keluar.

Advertisements

Fokus dan ketenangan yang ditampilkan Syahir telah meletakkan Malaysia selesa mendahului pada babak separuh masa pertama permainan. Beliau berjaya membantu jentera serangan pasukan untuk menjadi lebih agresif dalam usaha untuk mencetak jaringan.

Konsistensi pemain berbakat ini sudah mula ditonjolkan dalam perlawanan tempoh hari ketika Malaysia menewaskan pasukan Thailand. Aksi bertenaga dan kualiti yang dimiliki Syahir pastinya akan terus ditagih Brad Maloney dalam perlawanan mendatang.

Syahir bagaimanapun telah dikeluarkan pada minit ke-58 permainan, memberi peluang buat Hadi Fayyadh untuk dimasukkan. Keputusan semasa, Malaysia 2-0 Laos.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram