Syarikat Antarabangsa Minat Taja JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Sebuah syarikat antarabangsa kini dikatakan sedang menyatakan minat untuk menaja pasukan Johor Darul Ta’zim musim hadapan. Perkara itu dikongsikan di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers pada semalam.

Semalam telah berlangsungnya satu perjumpaan yang melibatkan pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris dan beberapa penyokong setia JDT. Antara penyokong yang terlibat adalah dalam kalangan ahli Boys Of Straits dan beberapa ahli kelab penyokong.

Dalam pertemuan itu, Tunku Ismail Idris menjelaskan bahawa terdapat syarikat antarabangsa yang bakal menjadi penaja kepada pasukan. Tambah baginda, perkara ini sedang berada diperingkat akhir perbincangan.

Advertisements

Tunku Ismail merasakan permintaan seperti ini merupakan antara pencapaian luar biasa buat JDT. Hal ini adalah kerana banyaknya syarikat antarabangsa yang mahu menaja skuad Harimau Selatan ini adalah kerana kekuatan dan keutuhan jenama JDT itu sendiri.

Bagaimanapun, belum timbul ura-ura syarikat manakah yang bakal menjadi penaja buat JDT. Tidak dinafikan, kekuatan penjenamaan JDT ini sekaligus bakal memberi banyak kesan positif buat kelab.

Advertisements

Sebagai rekod, pasukan Johor Darul Ta’zim berjaya mencatat sebanyak 39 juta tontonan di YouTube ketika setiap perlawanan yang membabitkan JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram