Syed Nasrulhaq Hargai Pengalaman Bersama Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Penjaga gol Terengganu FC, Syed Nasrulhaq Syed Bidin menghargai peluang menyertai kem Harimau Malaya.

Syed Nasrulhaq menjadi sebahagian daripada empat penjaga gol yang dipanggil Peter Cklamovski untuk kem kali ini.

Selain beliau, bekas pengendali FC Tokyo itu turut memanggil Syihan Hazmi Mohamed, Azri Ghani dan Sikh Izhan Nazrel.

Meskipun begitu, nama beliau tidak terpilih untuk fasa ketiga kem Harimau Malaya untuk aksi menentang Vietnam pada 10 Jun ini.

Walaupun tidak terpilih, Syed Nasrulhaq tetap menghargai pengalaman bersama Harimau Malaya. Malah, ini membakar semangatnya untuk berada dalam kem seterusnya selepas ini.

“Bagi saya, untuk nama dalam panggilan itu, saya kena kerja keras lagi untuk mendapat tempat dalam tiga penjaga gol terbaik,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

Syed Nasrulhaq merekodkan 15 penampilan dan lima rekod tanpa bolos dalam semua kejohanan pada musim 2024/25.