Syihan Hazmi Ada Pencabar Baru Di Asia Tenggara
Harimau Malaya
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi memiliki pencabar baharu di Asia Tenggara.

Pemain berusia 28 tahun itu menjadi watak utama buat Harimau Malaya sejak tiga tahun kebelakangan ini termasuklah ketika aksi di Piala Asia 2023.

Beliau juga merupakan antara penjaga gawang paling konsisten sejak era Kim Pan-gon tatkala negara-negara ASEAN yang lain sering memainkan watak berbeza pada posisi tersebut.

Advertisements

Kecemerlangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu kini menerima cabaran hebat apabila musuh tradisi, Indonesia kini diperkuat oleh penjaga gol baharu.

Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Timnas Indonesia kini secara rasminya bakal diperkuat oleh penjaga gol kelahiran Belanda, Maarten Paes.

Advertisements

Laporan daripada MakanBola Indonesia menyebut bahawa pemain berusia 25 tahun itu sudah mengangkat sumpah sebagai warganegara Indonesia secara rasminya.

Beliau kini beraksi di Amerika Syarikat bersama Dallas FC dan memainkan watak penting terutamanya selepas bergelar penjaga gol Belanda B-21 menurut laman Transfermarkt.

Advertisements

Bekas penjaga gol Eridivisie bersama FC Utrecht ini menjadi penjaga gol pertama selain beberapa nama sedang dipertimbangkan oleh Presiden PSSI, Erick Thohir seperti Emil Audero.

Indonesia juga sudah berkembang maju apabila layak ke pusingan kalah mati Piala Asia 2023 dan skuad B-23 juga mara ke separuh akhir Piala Asia B-23.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram