Gelagat penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi menyantuni peminat Kelainan Upaya (OKU) menyentuh hati ramai.
Pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting di bawah kendalian Tano Solari selepas berjaya membantu pasukan untuk merangkul Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super 2023.
Tindakan anak jati Kelantan ini yang melayan permintaan peminat OKU mendapat pujian dan perhatian ramai.
Menerusi satu klip yang tular di media sosial, penjaga gawang negara itu sempat menuju ke arah peminat selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2023 antara JDT dan Perak FC.
Berdasarkan klip tersebut, Syihan memberitahu dengan penuh beradab bahawa beliau tidak boleh memberikan jersi yang dipakainya kepada peminat tersebut atas sebab tertentu.
Beliau juga memberi isyarat meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan tersebut.
Syihan menjadi watak penting buat JDT apabila membantu pasukan menang dengan agregat untuk mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2023.
Perlawanan itu akan berlangsung pada 8 Disember 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9 malam.
Klip Penuh: Syihan santuni peminat