Syria & Palestin Dijangka Sertai Pestabola Merdeka
Dunia
FIFA
Advertisements

Dua pasukan dari Timur Tengah dijangka akan menghangatkan lagi saingan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan semula pada tahun ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan mengundang dua pesaing terhebat di Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand yang merupakan finalis Piala AFF 2022.

Saingan ini difahamkan akan turut diserikan lagi dengan kehadiran dua pasukan besar iaitu Syria dan juga Palestin namun masih tiada kata akhir berkenaan perkara ini.

Advertisements

Pasukan yang berada di tangga ke-79 dunia, Syira bakal menjadi lawan terkuat buat anak didik Kim Pan-gon sebagai persediaan terbaik menjelang Piala Asia di Qatar hujung tahun ini.

Palestin pula kini berada pada kedudukan ke-93 berdasarkan ranking FIFA difahamkan dalam radar FAM sekaligu bakal melengkapkan 4 pasukan dalam saingan ini.

Pestabola Merdeka kali terakhir diadakan pada tahun 2013 merupakan antara kejohanan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan menjadi antara kejohanan tertua di negara ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram