Dunia
KUALA LUMPUR 14 JULY 2016. Bekas pemain bola sepak negara era-80an, Khalid Ali ketika di temubual khas bersama BHSukan di kediamannya di AU3 Keramat. NSTP/OSMAN ADNAN
Advertisements

Biarpun Liga Malaysia (Liga-M) 2020 dilancarkan secara rasmi oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Rabu, legenda bola sepak tanah air, Khalid Ali telah menyuarakan pendapatnya bahawa tahap liga di negara ini masih berada di tahap yang tidak memuaskan.

Khalid Ali dalam kenyataannya menjangkakan Liga-M akan terus hambar seperti mana yang berlaku pada musim-musim lepas terutamanya melibatkan kehadiran penyoong ke stadium disebabkan tiada daya tarikan yang cuba untuk ditampilkan oleh pasukan yang bertanding.

Tambahan pula, beberapa isu lain seperti masalah gaji serta penaja yang menarik diri juga menjadi peranan mengapa peminat bola sepak negara ini ‘meluat’ dan mula menjarakkan diri daripada memberikan sokongan kepada pasukan-pasukan bola sepak tempatan.

Advertisements

“Bagi saya, Liga-M masih tidak berkualiti. Itu realitinya. Mungkin pasukan dalam kategori A Liga Super seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor mempunyai penyokong yang akan ke stadium dan mengikuti perkembangan pasukan.

“Namun, bagaimana pula dengan enam lagi pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier? Skripnya tetap sama seperti musim terdahulu dengan perlawanan yang berlangsung dalam stadium yang kosong,” soalnya.

Bagi melihat kepada punca yang lebih terperinci, Khalid menjelaskan antara faktor penyumbang kepada kehambaran Liga-M adalah disebabkan harga tiket yang dianggap membebankan penyokong sehingga mereka perlu berfikir beberapa kali sebelum memutuskan untuk pergi menonton perlawanan di stadium kerena mereka juga perlu memikirkan kos pengangkutan.

Advertisements
lang merah 1 Tahap Liga Malaysia Masih Tidak Memuaskan, Khalid Ali
Kedah antara pasukan yang mempunyai sokongan padu peminat

“Harga tiket mahal menyumbang kepada kehadiran penyokong ke stadium dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Sebagai contoh, harga sekeping tiket RM20 sebenarnya agak mahal kerana sekurang-kurangnya dua perlawanan berlangsung dalam sebulan.

“Penonton yang datang ke stadium tak semuanya berpendapatan tinggi dan mereka berkira-kira untuk membeli tiket walaupun untuk satu perlawanan. Ada rungutan yang kita dengar, perlawanan yang disaksikan tidak berbaloi dengan harga tiket yang dibeli.

“Saya juga melihat kualiti pemain import dalam liga ini tidak memberangsangkan dengan pasukan mengambil import yang tidak popular dan kurang memberikan impak kepada pasukan,” ujarnya.

Advertisements

Sehubungan itu, Khalid berharap badan induk bola sepak negara iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL perlu berperanan dalam mencari penyelesaian terbaik agar penambahbaikan kepada kualiti liga di negara ini dapat mengembalikan kegemilangan yang pernah diraih seperti satu masa dahulu.

“Untuk pemain import, saya rasa faktor kekurangan dana dan gaji yang diminta menyebabkan sesebuah pasukan itu gagal mendapatkan pemain berkualiti. Jadi pada pendapat saya, MFL dan FAM perlu mencari solusi terbaik mengecilkan jumlah import untuk sesebuah pasukan selain menetapkan tangga gaji yang munasabah.

“Bagi harga tiket pula, setiap persatuan bola sepak perlu memikirkan harga yang lebih berpatutan supaya penyokong berkeupayaan membeli tiket. Lebih baik harga berpatutan dan penonton datang ramai ke stadium daripada tiket mahal, penonton langsung tak datang ke stadium,” tambahnya lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram