Tahun 2022 Merupakan Tahun Kebangkitan Bola Sepak Perlis
Dunia
Perlis Football
Advertisements

Tahun 2022 dijangka menjadi satu tahun yang bakal memperlihatkan kebangkitan semula bola sepak negeri Perlis selepas berehat beberapa musim.

Kelab Bola Sepak Perlis United (PUFC) telah ditawarkan untuk beraksi di saingan Liga M3, Piala Presiden dan juga Piala Belia. Perkara itu telah disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Zamri Ibrahim.

“Ia dilihat sebagai titik perubahan awal ke arah kebangkitan semula sukan bola sepak Perlis dan kita kini sedang berusaha membatu PUFC beraksi dalam Liga Perdana.

Advertisements

“Insya-Allah jika semua berjalan dengan baik dan mendapat ‘lampu hijau’ daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta penajaan, peminat bola sepak Perlis dapat melihat kembali pasukan kesayangan mereka beraksi semula di pentas Liga Malaysia musim depan,” jelas Zamri kepada Bernama.

Sebagai rekod, PUFC pernah ditawarkan untuk beraksi di saingan Liga M3 pada musim ini, namun hasrat mereka untuk ‘comeback’ tidak menjadi kenyataan selepas liga tersebut dibatalkan akibat pandemik covid-19 yang melanda dunia.

Bola sepak negeri Perlis sebelum ini mengalami detik yang suram selepas isu tunggakan gaji pemain yang melanda pasukan sekitar tahun 2019 yang menyebabkan penyertaan mereka di Liga Perdana ketika itu dibatalkan serta merta.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram