“Tahun Ini Mungkin Tahun Terakhir Saya Bersama Terengganu” – Nafuzi Zain
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memberi bayangan bahawa beliau bakal meninggalkan Terengganu.

Pengendali kelahiran Kelantan itu sepertinya bakal meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Pantau Timur itu.

Menerusi satu temubual pasca perlawanan menentang Penang FC tadi, Nafuzi memaklumkan bahawa musim ini mungkin menjadi musim terakhirnya.

Advertisements

“Tahun ini mungkin menjadi tahun terakhir saya bersama Terengganu.”

Bekas penyerang berbisa Terengganu itu mengakui masih sayangkan pasukan yang sudah dibina sejak 3 musim lalu namun beliau mahu mengembangkan lagi perjalanan kariernya.

“Saya sayangkan Terengganu tetapi demi karier saya perku cabaran dan pengalaman baru,” jelasnya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau mahu mengakhiri perjalanan kariernya dengan membantu pasukan untuk meraih slot ke Piala Asia dan juga melangkah ke final Piala FA.”

Ketika ini, Terengganu kini berada pada landasan yang tepat untuk memburu slot ke-3 Liga Super menerusi persembahan konsisten pasukan setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram