Tak Sampai 24 Jam, Tiket Perlawanan JDT – Kedah Habis Dijual
Dunia
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Tak sampai 24 jam selepas tiket mula dijual secara dalam talian, tiket untuk perlawanan suku akhir ke-2 di antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Ibrahim telah habis dijual.

Ibarat pisang goreng panas, kehangatan perlawanan ‘kelab utara’ dan ‘kelab selatan’ ini dirasai sejak pertembungan pertama di Darul Aman beberapa hari lalu.

“Semua tiket untuk perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman pada 18 November 2021 telah habis dijual.”

Advertisements

“Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong JDT yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kelab. Sila pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan dan jumpa anda di Stadium Sultan Ibrahim. Luaskan Kuasamu Johor.” Jelas Johor Southern Tigers di Facebook.

Kelab Johor Darul Ta’zim turut menyediakan tiket khas untuk petugas barisan hadapan yang berusaha keras membantu memerangi pandemik Covid-19.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram